Click here for Myspace Layouts

Extended Network Banners

Tuesday, May 4, 2010

aku x dapat tidow!!!!

semalaman aku xdapat tdow...terbukak hati nak baca kematian mona fendi.......
nielah...hasilnya.....





iras dan raut wajahnya macam 'jantan' Masa zaman ni.. kalo penyanyinya x cantik.. x seksi.. sure x laku. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.







kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanitaini. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.














nama sebenarnya Maznah binti Ismail. Berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey. Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik.
dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Malah Monya Fandey pernah menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh JamalAbdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak... dah macam mini konsert dalam makhamah..


tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlakuketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media. Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.


berbalik pasal Mona Fandey, tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Tak pernah wartawan tanya masa hayat dia. Yang pasti Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I ( semoena nama anak pompuan dia )


album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music. Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000.
nak tahu soalan kuiz nya?? Berapakah usia Mona? Jawapan pilihan 27, 29 dan 31. Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapat gelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. Di negeri manakah Mona dilahirkan - A. Kelantan, B. Perak dan C. Perlis. Soalan lain - Berapa hari bulankah album pertama Mona dikeluarkan. A. 15.6.1987, B. 13.6.1987 dan C. 20.6.1987. Dan last soalan... Siapakah nama suami Mona. A. Mohd Affandi Ab Rahman, B. Afandi Rahman dan C. Afendi Rahman. Korang try la jawab ngee~
album ini hanya meletup selepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa - orang nak dengar juga macam mana suara Mona ni.
pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon. Wahhh kaya.. korang ado?? ke propa semata mata!!!








12 September 1994 - Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.


ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya. Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.. Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.

mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh. Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.
mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. Perghh dasyat kannn~












CHANTEKKK ker Mona Fandey uols? Persoalan itu sukar untuk dijawab. Pada shin cantik atau tidak terpulang kepada mata orang yang memandangnya. Tapi apapun, Mona Fandey yang muncul kali pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12 September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya sebelum itu. Dia pada masa itu kelihatansemakin cantik dan seksi. Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir 40 tahun pada waktu itu.

ada yang kata Mona bukan 38 tahun, tetapi sebenarnya lebih 50 tahun. Kannn korang jangan jelessssss~ Malah, ketika dia keluar mahkamah untuk menaiki trak, orang ramai yang berdiri di luar pagar mahkamah berteriak: "Mona makin lawa! Mona makin lawa!" Mona hanya membalas dengan senyuman berikutan pujian orang ramai itu. Beberapa anggota polis, saksi dan wakil media massa juga berpendapat Mona semakin anggun dan berseri-seri. Kelass Kak Mona kita kann..




















GAMBAR RAJAH di atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.
memang mengerikan. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan. "Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi
dalam keterangan membela diri.


kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua). Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi, melapah kulit dan daging serta menanam jasad Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Ek eleh.. ciput jer kannn.. x bebaloi…

juraimi dalam keterangannya di mahkamah berkata, dia menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sehingga tiga kali. Ini kerana kepala Datuk Mazlan tidak putus dari badannya selepas tetakan pertama dan kedua. Aiyo yo.. sadis tul.. mcm potong ayam lak..
ini plak keterangan Affandi. Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga. Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi. Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya lilin. Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam. Dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti orang hilang pedoman. selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya, Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh Juraimi supaya berbuat demikian.








Gambar Rajah Songkok dan Tongkat Sakti kepunyaan Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey, yang dikatakan bernilai lebih RM2.5 juta itu mesti dipakai
bersama semasa upacara spiritual di lakukan.. korang ado??
barangan tersebut telah di jual kepada bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan dengan cengkeram RM500,000. Nak power punya pasal kan.. sanggup! Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat,songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar.




Yang ni plak kenyataan dari Mona Fandey plak..


''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad.''








air matanya mula mengalir dan dia mengesatnya dengan sapu tangan. Mona fandey mengadu, dia di seksa di dalam bilik gelap, keadaan bilik itu kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, dia didera semasa seisi soal jawab dengar pasukan polis yang bertugas.. dia merayu supaya tidak di cederakan.. Mona Fandey menceritakan dia di tengking.. di paksa membuat pengakuan bersalah. Malah dia menunjukkan bekas parut di kepalanya semasa didera dalam tahanan.. kasihannya..


Mona Fandey berkali kali menafikan dia dan suaminya terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah hatinya terguris dengan tuduhan polis yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral dengan VIP dan Menteri menteri.. Namun apa kan daya.. semuanya atas budi bicara hakim dan juri untuk menghakimi cerita cerita dioarg semua.. bersalah atau tidak.. semua kuasa Allah yang menetukan.








9 FEBRUARI 1995 tepat jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.
tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.


Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempatberbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat. "I am very happy (saya gembira)," kata Mona Fandey dalam kandang tertuduh ketika ditanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukumanterhadapnya.


Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)."


Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandangtertuduh.













"Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu. Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya cintakan Malaysia. I love Encik Fandi very much. Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya." Kata Mona Fandey ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah untuk ke trak polis.










Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurnakan dan dikebumikan pada hari sama.












jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.
jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.




****



begitulah tragis kisah Mona Fandey.. kita tidak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.. so i harap korang baca jer.. x yah lah wat andaian apa apa.. yg pergi telah pun pergi menghadap Ilahi.. kita yang hidup ambik iktibar.. jangan percaya tahyul, khurafat semua untuk mengecapi kesenangan di dunia.. Ingalah.. Khurafat ni adalah dosa besar dan bole membuat kita terkeluar dari Islam.. Nauzubillah..


apa perasaan kita.. kalo Mona Fandey, Adun yg di bunuh ngan kejam atau Affandi atau Juraimi tu adalah dari kalangan family kita.. sure kita x sampai ati kan.. thats why, hidup ni biarlah aman damai sentosa.. jangan cari pasal.. jangan wat jahat... InsyaAllah semuanya selamat.. banyak banyak lah bedoa supaya hidup kita dan keluarga kita serta kawan kawan kita tidak di timpa bencana atau di sesatkan sedemikian rupa atau pattern lain lagi..




Al-Fatehah utk arwah arwah ni..

rumah mona fendi...





























No comments:

Post a Comment

kalow korang rase ade pendapat ke..
tolong komen yer..kongsi..:D

raining


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...